ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini.
Esok adalah hari persekolahan. Hari pertama sekolah. Ya Allah tak sangka begitu pantas masa berlalu dan kini saya sudahpun menjadi senior disekolah. Form5 beb~ Saya tak tahu bagaimana dengan hari saya nanti. Mungkin busy dengan buku dan mungkin tidak.
Mulai esok, setiap hari kene gosok baju sekolah. Memang tak ohsem okay. Malas yang amaaaaaat !
Tidur kena awal, bangun pun awal.
Tahun ini merupakan tahun terakhir saya menjadi budak sekolah. Kebanyakan barang sekolah tahun ni memang takbeli sangat. Membazir sangat kalau nak beli baju, kain, tudung, beg sekolah, lencana apa semua tu. Guna apa sahaja yang ada. Sesungguhnya Syaitan amat sukakan orang yang membazir. Jadi janganlah paksa mak ayah korang beli something yang korang dah ada okay !









