Assalamualaikum.
Siapa dah habis UPSR angkat tangan! Siapa dah habis PMR angkat kaki! Siapa dah habis SPM angkat daguuu!
K aku amat jealous dengan sesiapa pun yang dah habis Spm.
Bagi yang dah habis spm, tahniah. Jangan nak suka sangat, ingat nanti result korang keluar. Entah okay ataupun tidak kann. Hahahaaa, sila gementar ya akak-akak abang-abang.
Cuti sekolah amatlah bosan. Tidak pernah menceriakan hari aku.
Cuti sekolah kali ini penuh dengan buku. Alahai, bosannya yang amaaaat. Sentiasa buku.
Add maths? Ye, dengan sepenuh hatinya, aku akan drop add maths. Mungkin ada orang kata "eh, tak menyesal ke nanti" "eh tak rugi ke dah belajar setahun, ni nak drop pulak" . K, mula-mula aku memang rasa menyesal. Mula-mula memang aku rasa rugi sangat. Tapi nak buat macam mana, hati aku bukan untuk add maths yang penuh jalan kira tu.
Mama : Adik, betul ke nak drop add maths ni?
Aku : Yes. Kenapa, mama tak bagi ke?
Mama : Eh takdelah. Habis tu, nak ganti dengan apa?
Aku : Errrr entah. Yang mana yang senang nak score lah :)
Mama : Iki cubalah ambik Tasawwur.
Aku : Amende tu? Macam susah je :'(
Mama : Tahh, Iki tanyalah kawan yang ambik Tasawwur.
Lepas tanya kawan....
Aku : Mama, kawan cakap senang Tasawwur tu.
Mama : Jadi, adik nak ambik ke?
Aku : Maybe. Kita cuba beli buku Tasawwur dulu lah nak?
Mama : Okay. Nanti beli cuba belajar k.
Aku : Okay :)
Dan sekarang. Aku berjaya mempelajari Tasawwur Islam untuk menggantikan add maths pada tahun hadapan. Dah habis 9bab bagi form4 punya pelajaran. Insya-Allah sebelum new year, aku nak habiskan semua bab bagi form4 punya. Jadi tahun depan boleh focus for form5 pulak.
Azam aku untuk tahun hadapan adalah ingin gembirakan hati mama dan abah saya. Aku tak pernah bagi mereka result macam kakak aku. Aku tak pernah dapat 5A's keatas. TAK PERNAH! See, betapa teruknya aku. Jadi aku nak ubah semuanya. Next year, no more phone no more facebook no more blog and no more internet. Itu yang aku nak. Aku taknak ada gangguan yang membuat aku rasa malas nak belajar.
Maaf jika saya ada buat kesalahan yang besar mahupun kecil sekecil bakteria sekalipun. Mohon maaf dipinta. Maaf buat semuanya. Jadi mungkin bulan ni akan jadi bulan terakhir anda melihat saya dilaman sosial tidak kira facebook dan blog juga. Saya nak deactive semuanya. SEMUA!
Maaf atas semuanya.









