Welcome to my wonderland and thank you for visited to my blog. FOLLOW? | DASHBOARD?



Beautiful ㋡ <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/2135743025932860223?origin\x3dhttp://allblankthings.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Posts

Owner

Loves

Tutorials
Atasilah masalah secepat mungkin !

ASSALAMUALAIKUM

Setiap individu tidak kira remaja, dewasa mahupun orang tua, sememangnya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang, hidup tanpa masalah bukan hiduplah namanya. Masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza-beza. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Ketika kita punya masalah kita akan berasa tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan untuk menghadapinya.

Sekecil mana pun masalah yang kita hadapi jika tidak ditangani dengan baik, boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Sebenarnya itu hanyalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Kerana manusia seperti kita ini sering kali terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Remaja. Hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara tersebut jelas haram di sisi agama.

Sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

Atasilah masalah dengan cara ini :
1. Mintalah pertolongan dari Allah.
2. Jangan bersedih dan kecewa sendirian.
3. Luahkan masalah pada teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kita.
4. Duduklah tegak atau berdiri tegak, tarik nafas panjang, hembuskan perlahan.

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan posotif bahawa setiap dugaan datangnya dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya"




← Older | Newer →
A little about my blog

Photobucket

Welcome to My Blog. My story, my rules. Thats means: no hating, no spamming, no copycats and don't rip. Much thanks, and do enjoy my story. Blogging to express, not to impress ☺

Credits;

» Designed by; Ainnad_rocks
» Photos; Icons; We♥It | Tumblr
» Background; Mr. Google